Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin (kanan) bertanyakan soalan mengenai sistem Pemeriksaan Berkomputer yang digunakankan PUSPAKOM Kota Samarahan. Foto: TVS

Kapasiti lebih 80 peratus pelanggan PUSPAKOM Miri dan Sibu dicadang diperbesarkan – Lee

KOTA SAMARAHAN, 13 Julai: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) cawangan Miri dan Sibu dicadangkan untuk diperbesarkan, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu mengemukakan cadangan berkenaan kepada Pengurus Besar Bahagian Operasi PUSPAKOM Ts. Dr. Ahmad Zahiri Ismail selepas diberi taklimat mengenai perkhidmatan cawangan baharu PUSPAKOM Kota Samarahan di sini, hari ini.

PUSPAKOM Kota Samarahan terletak berhampiran Jambatan Batang Samarahan. Foto: TVS

Tambah Lee lagi, sehingga hari ini terdapat enam cawangan tetap PUSPAKOM di seluruh Sarawak iaitu di Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei dan Sri Aman.

Justeru itu beliau menjelaskan keperluan berhubung cadangannya itu untuk memperbesarkan cawangan PUSPAKOM di dua bandar tersebut.

“Apabila saya melihat data (kenderaan yang melakukan pemeriksaan) bersama Dr Ahmad pagi tadi, saya lihat bagi cawangan Miri dan Sibu, kapasiti (pelanggan) hampir mencapai 80 peratus.

“Saya mencadangkan kepada Dr. Ahmad untuk melihat semula cadangan pembesaran bagi cawangan PUSPAKOM di Miri dan Sibu terutama di Miri kerana terdapat aktiviti komersil yang sedang membangun terutama industri gas dan minyak yang kini semakin berkembang,” katanya.

Lee berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak baharu PUSPAKOM di Kota Samarahan berhampiran Jambatan Batang Samarahan pada Khamis.

Hadir sama Ketua Bahagian (Operasi) PUSPAKOM Malaysia Ts Dr Ahmad Zahiri Ismail, Pengurus PUSPAKOM Wilayah Sabah dan Sarawak Sainal Abidin Talibe dan Timbalan Pengurus PUSPAKOM Wilayah Sabah dan Sarawak Liza Jayub Abdullah.

Cawangan terbaharu PUSPAKOM itu bakal memulakan operasinya pada 1 Ogos mengantikan cawangan lama PUSPAKOM di Kuching yang bakal menamatkan operasi perkhidmatannya pada 27 Julai ini.

Dengan keluasan hampir empat ekar, cawangan PUSPAKOM Kota Samarahan itu mampu memuatkan ruangan parkir kenderaan menunggu sehingga 120 buah bagi tempoh tiga jam selain berkemampuan menyediakan khidmat pemeriksaan kenderaan secara berkomputer kepada lebih 500 pelanggan dalam tempoh satu hari.

Turut disediakan Pusat Khidmat Sehenti (One Stop Centre) bagi kenderaan komersil.

Bagi kenderaan komersil yang tidak memerlukan permit dari LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan) termasuk CVLB (Lesen Kenderaan Perdagangan), pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka serta merta bagi kenderaan perdagangan yang beratnya kurang 7000 BDM atau kurang dari tiga tan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan