Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pempengaruh TikTok dari Sarawak merakam kenangan bersama kakitangan TikTok Malaysia selepas program pengembaraan di Kuching. Foto: SDEC.

SDEC, TikTok Malaysia jalin kerjasama perkasakan kandungan digital tempatan 

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Julai: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah menjalinkan kerjasama dengan TikTok Malaysia bagi memperkasakan kandungan digital tempatan. 

Ia selari dengan Memorandun Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani baru-baru ini bagi berkerjasama meneroka inovatif. 

Sehubungan itu, SDEC telah menjadi tuan rumah kepada TikTok Malaysia dalam pengembaraan menarik di Kuching baru-baru ini, iaitu pada 9 hingga 11 Julai 2023.

Menurut Pengurus Jabatan Inovasi dan Keusahawanan SDEC, Khairool Adzelan, SEDC dan TikTok Malaysia sebelum ini juga telah menganjurkan program bersama di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit, dan Lawas. 

“Secara kolektif, 135 individu telah mendapat manfaat daripada program iyang telah dianjurkan tersebut,” ujarnya. 

Selain itu, menurutnya TikTok Malaysia juga mengadakan lawatan kebudayaan ke Kampung Budaya Sarawak. 

Perancangan seterusnya kata Khairool, SDEC dan Tiktok Malaysia bakal mengadakan Program Bootcamp TikTok di Kuching, Sibu dan Miri pada 15 hingga 21 Julai depan. 

Justeru itu, SDEC berharap  program itu akan membuka peluang kerjasama yang lebih banyak bersama TikTok Malaysia di masa hadapan.  

Khairool dalam pada itu menyatakan SDEC dan TikTok Malaysia kekal komited untuk memupuk ekosistem, kreativiti dan memperkasakan ekonomi bagi kepentingan rakyat Sarawak. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan