Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
John Rampai (tengah) bersama Steven Wong Ching Kuing (kanan) dan Ts Mohamad Zaihan Lek (kiri) melihat risalah Perkhidmatan dan Pemantauan Perlepasan Asap melalui Cerobong milik syarikat Global Green Engineering & Suply Sdn Bhd. Foto: TVS

Final Piala FA: Lima kategori tiket akan dijual serendah RM50

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanyak lima kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada 22 Julai ini.

Final Piala FA edisi ke-33 itu akan berlangsung di gelanggang tuan rumah JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, pada jam 9 malam.

Lima kategori tiket itu yang akan diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah General Admission berharga RM50, FA Cup Grandstand (RM100), FA Cup Premium (RM150), MFL Premium (RM150) dan MFL Grandstand (RM200).

“Penetapan harga tiket mengikut kategori ini sama seperti yang telah dilakukan MFL pada perlawanan akhir mana-mana kejohanan Piala FA dan juga Piala Malaysia sebelum ini di mana ia memberikan lebih pilihan buat penyokong untuk hadir ke stadium.

“Istimewa kali ini bagi penyokong yang membeli tiket MFL Grandstand akan menerima barangan eksklusif perlawanan akhir Piala FA 2023,” menurut kenyataan MFL, pada Rabu.

MFL turut menyerahkan sepenuhnya kepada JDT dan KL City dalam menguruskan proses penjualan tiket final Piala FA kepada penyokong masing-masing.

“Pihak JDT dan KL City akan memaklumkan cara penjualan tiket kepada penyokong mereka namun dengan persetujuan bersama kedua-dua pasukan, sekiranya ada pasukan yang gagal menjual kesemua tiket yang diperuntukkan itu, maka baki tiket berkenaan akan dijual kepada umum,” menurut MFL. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan