Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama krew dan pesawat Teleport A321F di Sepang Aircraft Engineering (SAE) hari ini. Foto: Bernama

Agong berkenan hadiri Majlis Perasmian Pesawat Kargo A321 Teleport

ByBernama

SEPANG, 13 Julai: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menghadiri majlis perasmian pesawat kargo A321 milik Teleport di sini, pada Rabu.

Ketibaan pesawat itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan Teleport, cabang logistik Capital A Bhd sebagai penyedia logistik udara dan pemain industri kargo yang terkemuka di ASEAN.

Pada majlis itu, Seri Paduka menzahirkan ucapan tahniah kepada Capital A Bhd dan Teleport serta berharap perkhidmatan logistik mereka akan terus berkembang dan menguasai rantau Asia Tenggara.

“Pesawat kargo A321F milik Teleport telah menonjolkan keupayaan syarikat Malaysia sebagai jaguh di rantau ini dan yang lain harus mencontohi kejayaan mereka,” titah Al-Sultan Abdullah.

Pesawat itu akan beroperasi dari Kuala Lumpur dengan fleksibiliti untuk ke pangkalan di Bangkok, Jakarta dan Manila.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan