Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah beraksi pada sesi penyerahan bahan publisiti di Majlis Pra Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 hari ini. Foto: K-Ong Morni (TVS)

Hari Muzium Antarabangsa 2023 di Muzium Budaya Borneo, bermula 31 Julai ini

ByRegina Lee

KUCHING, 12 Julai: Seramai 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2023 di Muzium Budaya Borneo bermula 31Julai hingga 5 Ogos 2023.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sambutan yang bakal menghimpunkan penyertaan muzium dari seluruh negara itu bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Beliau optimis sambutan tersebut akan memberi pulangan positif ke dalam kalender pelancongan negeri tahun ini.

“Sambutan ini juga merupakan peluang yang baik untuk kita menjana impak positif dari segi ekonomi, khususnya melalui sektor hospitaliti dan pelancongan.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua golongan masyarakat dan pemain-pemain industri agar mengambil peluang dan turut serta dalam sambutan HMA Peringkat Kebangsaan 2023 yang akan diadakan nanti.

“Saya yakin semua komuniti muzium, selaku pakar dalam penghasilan pameran akan menggunakan segala pengalaman dan keupayaan yang ada untuk mempersiapkan pameran menarik serta menjanjikan pengalaman berharga untuk setiap pengunjung,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran HMA Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, Abdul Karim berkata kerajaan negeri berusaha menjadikan sambutan itu sebagai suatu sambutan yang meriah dan memberikan impak positif kepada komuniti muzium dan pengunjung.

Menurut beliau lagi, sambutan HMA itu juga bakal disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain pameran, terdapat banyak lagi aktiviti seperti Bengkel Sape, Sharing Session: Curator Crash Course, Seminar “Museum, Sustainability and Well-Being”, Forum Perdana, Acara Sukan, Sarawak Heritage Kitchen, Sunset Music, Program Berambeh di Kampung Santubong, musical theatre, persembahan kebudayaan, dan banyak lagi program akan diadakan sebagai pengisian HMA 2023.

Sambutan kali ini juga kata Abdul Karim turut menampilkan persembahan daripada kumpulan dan barisan artis ternama dan tempatan seperti Amy Search, Jaclyn Victor, Bob Yusof, Ricky Andrewson, Firdaus Materang, Hijrah Yahya, Majlis Seni Sarawak, D’Cipta Band dan banyak lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan