Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APM Limbang memantau kawasan Menuang. Foto: APM Limbang.

Beberapa kawasan di Limbang dinaiki air, keadaan masih terkawal

LIMBANG, 12 Julai: Beberapa kawasan dan jalan utama di kawasan Medamit dan Batu Danau di daerah ini dinaiki air, namun keadaan masih terkawal.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, kawasan yang terjejas termasuk kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong, namun sekolah beroperasi seperti biasa, Kampung Menuang dan jalan menuju Kampung Semena.

“Jalan utama Kampung Semena dinaiki air setinggi dua kaki dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan jenis rendah, manakala kawasan hujung Jalan Medamit dan Kampung Pangkalan Madang, air sungai adalah separas tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mirwan, hujan berterusan bermula jam 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi dan bertembung dengan air sungai pasang besar menyebabkan air naik melimpah ke kawasan berkenaan.

“Seramai empat anggota diketuai oleh Lans Koperal (PA) Mohd Zuhailmy Rosni membuat pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air hari ini,” ujarnya.

Beliau menasihati penduduk di kawasan terjejas agar sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan