Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Tuan Yang Terutama (TYT) MD Golam Sarwar. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Bangladesh mahu bekerjasama dengan Sarawak, sokong agenda pembangunan negeri

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Julai: Bangladesh sedia bekerjasama dengan Sarawak dalam menyediakan tenaga buruh mahir dalam menyokong agenda pembangunan negeri ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Tuan Yang Terutama (TYT) MD Golam Sarwar berkata, Kerajaan Sarawak memberi sokongan penuh dan terbuka untuk bekerjasama dalam membantu agenda pembangunan yang sedang giat dilaksanakan.

“Kami mempunyai kumpulan tenaga profesional di Bangladesh, termasuk pekerja, jurutera, dan pakar dalam pelbagai bidang. Kami bersedia untuk menyokong Sarawak dengan bilangan profesional Bangladesh yang diperlukan untuk membantu agenda pembangunan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, Abang Johari turut menyambut baik cadangan tersebut, serta mengakui ia adalah nilai tambah yang besar dan menyatakan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai potensi yang luas.

“Perkara ini mampu membantu Sarawak mencapai aspirasi seperti ekonomi digital dan tenaga hijau, Premier Sarawak menyatakan penghargaan beliau.

“Beliau memberitahu kami bahawa Sarawak adalah negeri yang mempunyai potensi yang luas, dan kami menyambut baik penglibatan Bangladesh dalam pembangunan kami,” tambahnya.

Pada masa sama, Golam Sawar menzahirkan kesyukuran kepada Abang Johari atas jaminan dan sokongannya.

“Bangladesh dan Malaysia telah menikmati hubungan bilateral yang sangat baik, terutamanya dengan Sarawak, kami melihat terdapat lebih banyak ruang untuk kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua pihak.

“Kami telah menyaksikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kami, dan pertemuan ini mengukuhkan komitmen kami untuk memperkuatkan lagi hubungan yang sudah sekian lama terjalin,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan