Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis sesi serahan sumbangan amal sebanyak RM1,000 oleh badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pertubuhan Insan Sarawak (PPIS) kepada Tabung Bantuan Pendidikan Sikh. Foto: TVS

Santana Riderz bantu sumbang Tabung Bantuan Pendidikan Sikh

KUCHING, 11 Julai: Penunggang motosikal berkuasa tinggi dari komuniti Sikh, Santana Riderz melakukan ekspedisi merentasi Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Kota Kinabalu, Sabah dan menamatkan destinasi terakhir mereka di Kuching hari ini.

Ketua Rombongan Santana Riderz, Datuk Seri Daljit Singh Dalliwal berkata, ini merupakan ekspedisi santai pertama mereka, di samping memberikan mesej yang jelas dalam membantu komuniti di sepanjang perjalanan mereka lalui.

“Kami telah melawat kesemua lapan Gurdwara Sahib dan bertemu enam komuniti di sepanjang perjalanan,” katanya ketika ditemui media di Majlis Sesi Serahan Sumbangan Amal oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Pertubuhan Insan Sarawak (PPIS) yang diketuai oleh Manjeet Sidhu.

Tambahnya, tujuan ekpedisi mereka juga turut mengumpul dana Tabung Bantuan Pendidikan Sikh terutama kepada anak-anak muda yang kurang berkemampuan bagi melanjutkan pelajaran dan berharap dengan pendidikan dapat membantu balik kepada komuniti mereka pada masa akan datang.

“Kita sedang mewujudkan kesedaran bahawa pendidikan adalah penting. Kami mempunyai organisasi iaitu Tabung Bantuan Pendidikan Sikh yang berusia lebih 50 tahun. Kami membawa persatuan itu ke peringkat dunia untuk memaklumkan kepada generasi muda dan ibu bapa bahawa jika anak-anak ingin melanjutkan pelajaran selepas tingkatan lima, adanya dana pendidikan dan pinjaman tanpa faedah sehingga mereka menamatkan pengajian mereka.

“Kami cuba memberitahu golongan belia bahawa mereka boleh mencapai segala-galanya tetapi jangan tinggalkan pendidikan dan sentiasa ingat untuk berjaya dalam hidup,” ujarnya lagi.

Sebanyak sembilan orang ahli Santana Riderz turut hadir dalam majlis sesi sumbangan amal ini dalam membantu pelajaran bagi komuniti Sikh.

Turut hadir sama Pemilik Restoran Lepau, Roslyn Lah yang menjadi penaja tempat makan tengah hari Santana Riderz yang memperkenalkan makanan tradisional di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan