Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan rumah panjang di bahagian blok tengah Kampung Long Watt Apoh selepas kebakaran yang mengakibat 28 pintu musnah awal pagi Ahad. Foto: JBPM 6 Miri

45 penghuni hilang tempat tinggal, 28 pintu Rumah Panjang Long Watt terbakar

MIRI, 9 Julai: Seramai 45 penghuni hilang tempat tinggal selepas kebakaran memusnahkan 28 pintu Rumah Panjang Kampung Long Watt, Apoh Baram dekat sini, awal pagi Ahad.

Faktor cuaca dan ketiadaan akses feri menuju ke lokasi kejadian menjadi penyebab utama pasukan bomba tidak dapat menjalankan operasi pemadaman semasa kebakaran rumah panjang yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan penduduk kampung pada jam 2.30 pagi.

Ketua Jabatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba, (PgKB 1) Ismaidi Ismail berkata, hanya satu daripada tiga blok rumah panjang di kampung berkenaan terjejas.

“Semasa kebakaran terdapat 10 orang penghuni berada di tujuh pintu bilik di bahagian blok tengah manakala 70 pintu bilik di dua blok rumah panjang terselamat.

“Mengikut makluman awal daripada saksi kejadian, api dipercayai bermula dari bahagian dapur salah sebuah pintu rumah panjang berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Ismaidi berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat seorang budak lelaki turut tercedera dan telah dihantar ke klinik terdekat selepas terjatuh ketika mengangkat sebuah motosikal.

Menurut beliau, pasukan penyiasat dari Pejabat JBPM Zon 6 dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah pergi ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengeni kejadian hari ini.

“Masalah ketiadaan liputan telekomunikasi juga menyukarkan kita untuk berhubung dengan pasukan penyiasatan kebakaran untuk mendapatkan maklumat kejadian lebih awal.

“Malah keadaan jalan ke Long Watt juga agak licin dan telah dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak minggu lepas turut menjejaskan pergerakan pasukan bomba ke lokasi kejadian,” katanya.

Disamping itu, katanya perjalanan ke Long Watt mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam dari Miri yang bergantung kepada keadaan cuaca dan jalan semasa.

Terdahulu, pihak bomba menerima makluman awal mengenai kejadian daripada seorang penduduk kampung pada jam 1.33 pagi.

Pihak polis dari Balai Polis Long Lama turut memaklumkan bilik kawalan BBP Marudi mengenai kebakaran itu pada jam 5.19 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM Zon 6. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan