Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa yang cedera dibawa anggota APM Limbang mendapatkan rawatan di Hospital Limbang. Foto: APM Limbang

Pelumba bot laju cedera, bot dipandu terbalik ketika sertai pertandingan

LIMBANG, 9 Julai: Seorang pelumba bot laju mengalami kecederaan selepas bot dipandu terbalik ketika sedang menyertai pertandingan bot laju di Kampung Telahak di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, empat pasukan diketuai SM (PA) Nurul Afikah Awang Mohd Zulkifli bergegas ke lokasi kejadian yang jauhnya 26 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 12.05 tengah hari.

“Paramedik Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang dimaklumkan bahawa mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami luka di bahagian tangan kiri dan belakang kepala akibat terkena kipas enjin bot lajunya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Limbang untuk rawatan selanjutnya dan pemeriksaan serta rawatan awal sudah dibuat pihak Paramedik APM,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan