KUCHING, 11 Julai: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di perairan barat Sabah dan utara Sarawak selama tiga hari.
Keadaan ini diramal berlaku dalam tempoh 13 hingga 15 Julai 2023, mulai Khamis ini.
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2.00 petang
Tarikh: 11 Julai 2023 pic.twitter.com/IkgbWlKSGr— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) July 11, 2023
“Keadaan itu diramal berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China.
“Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin baratan, berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.
[INFOGRAFIK] Ramalan Cuaca Signifikan (dikemas kini 11 Julai 2023, jam 2 petang)
Layari https://t.co/zqhDdgsgSS & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV.#TVS122 #TVSNews@metmalaysia pic.twitter.com/iPjQhTrgyF
— TVS (@tvstvmy) July 11, 2023
Sementara itu, satu amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan yang berkuatkuasa pada 15 sehingga 18 Julai ini.
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. -TVS