Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inspektor Mohd Fairul Rezza ketika ditemu bual TVS pagi tadi. Foto: TVS

Portal, aplikasi ‘SEMAK MULE’ kesan taktik scammer pindah wang

ASAJAYA: 11 Julai: Polis mengingatkan masyarakat agar berwaspada dengan pelbagai taktik baharu ‘scammer’ termasuk pemindahan wang ke akaun pihak ketiga yang dikhuatiri ‘akaun keldai’ atau akaun Mule.

Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Inspektor Mohd Fairul Rezza berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membangunkan portal – semakmule.rmp.gov.my dan aplikasi ‘SEMAK MULE’ bagi memudahkan orang ramai menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang pernah digunakan dalam kes-kes jenayah komersil.

Menurutnya pihak polis sentiasa berkerjasama dengan agensi berwajib yang lain dalam membanteras aktiviti jenayah komersil yang melibatkan penipuan dan pemindahan wang ke akaun pihak ketiga.

“Sekiranya ada satu unsur melibatkan pindaan wang, orange ramai diminta menyemak akaun-akaun yang telah direkodkan dalam sistem komersil (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) sendiri atau kita juga boleh menyemak menerusi semakan ‘google’ iaitu semakan ‘akaun mule’ PDRM.

“Diingatkan juga kepada orang awam sentiasa berhati-hati,” katanya ketika ditemui TVS selepas Perasmian Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Sadong Jaya di Dewan Warisan Sadong Jaya, pada Selasa.

Terdahulu, program hari ini menyaksikan Inspektor Nor Amin Abdul Halim dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menyampaikan taklimat kepada seramai 83 orang Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) diberikan taklimat berhubung taktik yang digunakan scammer menerusi penyamaran di dalam panggilan telefon.

Selain penyamaran sebagai Pegawai penguatkuasa atau dari agensi kerajaan, KMKK turut diingatkan mengenai taktik phising iaitu nombor telefon tertera adalah nombor sama agensi kerajaan seperti yang didakwa Inspektor Nor Amin taktik itu dapat dibeli dari laman web gelap.

Justeru itu, Mohd Fairul mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam menjawab panggilan telefon nombor yang tidak dikenali.

“Terima telefon boleh, angkat telefon boleh tetapi sentiasa berwaspada sekiranya panggilan tersebut adalah panggilan yang mencurigakan. Diingatkan agar segera untuk menghentikan talian tersebut,” tegasnya. TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan