Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ir Aidel Lariwoo merakam gambar kenangan bersama 83 KMKK yang hadir di Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Sadong Jaya hari ini. Foto: TVS

KMKK tulang belakang Kerajaan Sarawak di akar umbi – Ir. Aidel

ASAJAYA, 11 Julai: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di negeri ini merupakan antara tulang belakang Kerajaan Sarawak untuk bergelar negeri maju menjelang tahun 2030.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Ir Aidel Lariwoo berkata KMKK memainkan peranan penting berikutan mereka ditugaskan untuk membantu kerajaan menjayakan program di peringkat akar umbi.

“Kalau dahulu maklumat berkaitan projek kecil atau projek besar ia nya dilaksanakan oleh pegawai kerajaan, tetapi kini semua projek itu harus diberikan input keperluannya oleh KMKK,” katanya.

Ir. Aidel berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Sadong Jaya di Dewan Warisan Sadong Jaya di sini, hari ini.

Menurut beliau KMKK antara pihak yang akan menyalurkan maklumat keperluan projek berimpak tinggi khususnya yang diperlukan masyarakat luar bandar kepada beberapa agensi kerajaan negeri menerusi Agensi Pembangunan Bersepadu Samarahan (ISDA) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

“Itulah sebabnya juga Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) menubuhkan pelbagai projek Koridor antaranya ISDA dan Greater Kuching bagi menerima input dan idea-idea berkaitan keperluan projek kepada masyarakat dari KMKK,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat memohon agar agar elaun KMKK dinaikkan.

Hasrat itu katanya berikutan kos sara bidup dan barang keperluan yang semakin meningkat selain Kerajaan Persekutuanjuga dilaprokan dalam fasa menilai semula skim gaji Perkhidmatan Awam sedia ada.

“Saya ingin menyampaikan hasrat KMKK agar pihak Unit Pentadbiran juga dapat mengkaji elaun mereka agar seiring dengan kos sara hidup meliputi kestabilan dan kemakmuran negeri Sarawak” luahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan