Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakan dagangan utama Sarawak pada 2022 ialah Jepun, China, Semenanjung Malaysia, Korea Selatan, India, Australia dan Singapura. Foto hiasan: Saibi Gi (TVS)

Dagangan luar Sarawak RM217.2 bilion, lebihan dagangan RM88.2 bilion pada 2022

KUCHING, 11 Julai: Sarawak merekodkan jumlah perdagangan luar RM217.2 bilion tahun lepas berbanding RM150.9 bilion pada 2021, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, lebihan dagangan pada tahun lepas dicatatkan pada RM88.2 bilion dan RM52.7 bilion pada 2021.

Rakan dagang utama Sarawak pada 2022 ialah Jepun, China, Semenanjung Malaysia, Korea Selatan, India, Australia dan Singapura.

“Dalam mengejar pertumbuhan sosioekonomi yang holistik dan berterusan terutamanya selepas pandemik, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang bertujuan untuk mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Jamuan Tengah Hari anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Besar Cina Kuching (KCGCCI) di sini, hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, enam aktiviti ekonomi dan tujuh sektor berpotensi telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan Sarawak pada enam hingga lapan peratus setahun.

Mengenai pelaburan, beliau berkata pada tahun lalu, Sarawak merekodkan RM32 bilion pelaburan yang mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan baharu.

Daripada jumlah ini, sektor primer menyumbang RM22.3 bilion daripada pelaburan, diikuti sektor pembuatan dengan RM5.2 bilion dan sektor perkhidmatan dengan RM4.5 bilion.

Bagi pelaburan berkaitan pembuatan dari 2022 hingga suku pertama 2023, Sarawak telah meluluskan RM9.6 bilion untuk 87 projek.

Selain itu, pembangunan ekonomi digital dan hijau menjadi keutamaan memandangkan Sarawak kaya dengan sumber asli. Ia boleh dimanfaatkan untuk menyediakan tenaga yang bersih dan mampan.

“Sarawak menggalakkan pelaburan dalam hidrogen, teknologi baharu dan penyelesaian yang boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau termasuk teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan