Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi dialog Sunday Morning with Premier 2.0 Ā bersama usahawan-usahawan Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Platform khusus mudahkan permohonan permit pekerja asing di Sarawak – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 9 Julai: Kerajaan Sarawak membangunkan platform khusus bagi memudahkan pengambilan pekerja asing melibatkan beberapa sektor di negeri iniĀ  yang akan siap dalam tempoh dua bulan lagi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi platform tersebut ia mampu mengurangkan tempoh menunggu dan mempercepatkan kelulusan seawal satu minggu.

ā€œCuba anda bayangkan masa yang diambil untuk permohonan adalah sekitar tiga atau enam bulan, malah satu tahun. Ini adalah masalah yang kita hadapi. Penyelesaiannya ialah saya meminta mereka menggunakan IT, maklumat data hanya perlu dimasukkan dan ia menghubungkan kepada semua jabatan yang terlibat.

ā€œMelaluinya permohonan hanya mengambil masa selama satu bulan, dan boleh menjadi seawal satu minggu. Platform baharu ini menggunakan perkongsian data IT dan saya merasakan bahawa dalam dua bulan akan datang kita dapat menyelesaikannya.ā€œ katanya pada sesi dialog Sunday Morning with Premier 2.0 Ā bersama usahawan-usahawan Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada 2022 Abang Johari memberitahu bahawa Sarawak memperkenalkan platform khusus untuk memudahkan pengambilan pekerja asing bagi mengatasi kerenah birokrasi yang wujud menyebabkan beberapa industri berdepan masalah kekurangan tenaga kerja.

Sementara itu menjawab pertanyaan mengenai langkah yang diambil Kerajaan Sarawak dalam membendung lebih ramai anak Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam sektor-sektor berkepentingan dari meninggalkan negeri ini, Abang Johari berkata, dengan mempunyai tahap ekonomi yang baik sahaja mampu menyelesaikan masalah berkenaan.

ā€œTahap ekonomi kita mesti berada pada tahap yang baik supaya anak Sarawak dapat kembali ke sini dengan mereka dapat menikmati gaji yang baik dan permintaan yang tinggi.

ā€œTahap pembangunan ekonomi Ā perlu baik jika mahu menggaji anak Sarawak, jika tidak mereka akan pergi bekerja ke luar negara,ā€ katanya.

Mengulas lanjut, Abang Johari percaya bahawa pembangunan yang semakin rancak di negeri ini dijangka dapat menarik minat anak Sarawak untuk pulang berbakti lebih-lebih lagi dalam sektor pengangkutan menerusi pengenalan kepada projek Transit Aliran Autonomi (ART). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan