Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 27 pintu Rumah Panjang Kampung Long Watt, Apoh, Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto: BBP Marudi

27 pintu Rumah Panjang Kampung Long Watt terbakar awal pagi tadi

MARUDI, 9 Julai: Sebanyak 27 pintu Rumah Panjang Kampung Long Watt, Apoh, Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 1.33 pagi.

“Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi pada jam 5.19 pagi memaklumkan hanya 27 pintu terbakar membabitkan blok tengah sahaja berbanding maklumat awal keseluruhan 85 pintu rumah panjang berkenaan terbakar.

“Difahamkan kebakaran berjaya dipadamkan sekitar jam 2.30 pagi tadi oleh penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bergerak ke lokasi kejadian pagi tadi memandangkan operasi feri hanya bermula pada jam 6 pagi.

“Pasukan Penyiasat daripada Pejabat Zon 6 dan BBP Marudi dalam perjalanan ke lokasi.

“Perjalanan ke Long Watt akan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam dari Miri melalui jalan balak,” katanya.

Katanya, keadaan jalan juga agak licin kerana hujan pada malam tadi.

Laporan terkini akan di laporkan dari semasa ke semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan