Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat pemandu jengkaut yang terperangkap dalam ruang kabin jentera berat itu akhirnya berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat pada jam 3.43 petang tadi. Foto: BBP Belaga.

Operasi mengeluarkan mayat pemandu jengkaut selesai

BELAGA, 8 Julai: Operasi mengeluarkan mayat pemandu jengkaut yang terperangkap dalam ruang kabin jentera berat yang terbalik di kawasan gaung di Uma Kahei, di sini, akhirnya berjaya diselesaikan petang tadi.

Pasukan penyelamat yang bertungkus lumus berusaha mengeluarkan mayat juga berdepan dengan kesukaran dan risiko di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, usaha itu akhirnya dipermudahkan sebuah lagi jengkaut yang membuat jalan untuk kerja menstabilkan jengkaut yang terbalik itu.

Polis sahkan lelaki terperangkap dalam jengkaut meninggal dunia

“Pasukan Keluaran Operasi akhirnya dapat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa selepas jengkaut bantuan selesai membuat laluan dari lereng bukit untuk sampai ke bawah lokasi jengkaut terbalik pada jam 3.40 petang.

“Syukurlah, usaha mengeluarkan mayat pemandu jengkaut yang tersepit di dalam kabin jengkaut yang terbalik itu akhirnya berjaya diselesaikan pada jam 3.43 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, operasi mengeluarkan mayat pemandu jengkaut warga negara Indonesia yang dikenali sebagai Ponsel ditamatkan pada jam 5.15 petang.

Mayat kemudian di bawah ke Pos Kawalan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi hari ini membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dan lima anggota BBP Bintulu dengan dibantu anggota polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam kejadian pada petang Khamis lalu mangsa sedang meratakan tanah kawasan berkenaan bagi tujuan Projek Penamanan Getah RISDA apabila jentera berat dikendalikan tiba-tiba mengelongsor dan terjatuh sebelum terbalik ke dalam gaung pada kedalaman 30 meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan