Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah satu jambatan yang runtuh akibat banjir kilat aliran lahar sejuk Gunung Semeru di wilayah Lumajang, Jawa Timur menyebabkan jalan raya di kawasan itu terputus hubungan. Foto: BPBD Lumajang.

3 maut, banjir lahar sejuk dan tanah runtuh di Jawa Timur

ByTVS

JAKARTA, 8 Julai: Banjir kilat berupa aliran lava sejuk dari Gunung Semeru akibat hujan, melanda kawasan Lumajang, Jawa Timur menyebabkan enam jambatan runtuh di situ, semalam.

Banjir itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 571 penduduk terjejas terpaksa dipindahkan kerana rumah mereka musnah akibat banjir.

Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lumajang turut melaporkan hujan lebat itu mencetuskan tanah runtuh di beberapa lokasi dan menyebabkan tiga kematian akibat rumah mereka yang runtuh tertimbus.

Salah satu jambatan yang runtuh akibat banjir kilat aliran lahar sejuk Gunung Semeru di wilayah Lumajang, Jawa Timur menyebabkan jalan raya di kawasan itu terputus. Foto: BPBD Lumajang.

Menurut Ketua BPBD Lumajang Patria Dwi Hastiadi, hujan sejak dua hari lalu mengakibatkan bencana teruk di seluruh kawasan Lumajang.

“Sudah dua hari hujan turun dengan lebat, sehingga banjir kilat lahar sejuk, memusnahkan jambatan dan berpuluh-puluh rumah, malah tanah runtuh turut berlaku akibat hujan itu,” katanya.

Sebagai usaha mempercepatkan respons kecemasan di lokasi terjejas, kerajaan tempatan mengisytiharkan darurat bencana.

Beliau turut meminta orang ramai bersiap sedia menghadapi potensi bencana yang mungkin berlaku akibat hujan berterusan di kawasan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan