Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemuda Mahu Tapi Malu..

ByYazid Ibrahim

SEOLAH-OLAH mahu menampilkan aura misteri dan kelainan ketika menyanyi, seorang pemuda yang mahu berkongsi bakatnya menerusi lam sosial Instagram memilih untuk “menyembunyikan” wajah sebenarnya.

Walaupun pelajar kulinari itu ada berkongsi gambar-gambar yang mendedahkan wajahnya yang sebenar, beliau hanya “bersembunyi” ketika menyanyi.

Video-video nyanyian pemuda yang bernama Mohd Johan Arjoh sama ada dianimasikan wajahnya atau hanya mendedahkan sipi-sipi wajahnya.

Ketika Johan tidak menyanyi di “home studio” di rumah, dia menggunakan kecekapannya memasak untuk empat orang adiknya kerana mereka tinggal berasingan dari ibubapa yang bekerja di Pulau Pinang.

“Memang ada yang jemput untuk menyanyi di majlis-majlis keramaian tetapi saya tolak kerana rasa gemuruh pentas.

“Saya juga belum yakin untuk buat persembahan di hadapan khalyak ramai jadi cukup saya hanya berkongsi di lama sosial,”katanya.

“saya tolak, saya tidak ada keyakinan masa itu sehinggalah sekarang saya belum ada keyakinan yang tinggi untuk menyanyi atas pentas, sebab itu saya hanya nanyi dalam media sosial je,” kata Johan waktu temu bual.

Keluarga Besar Johan

Strategi anak kelahiran Sabah ini sejak empat tahun lalu nampaknya berkesan apabila video cover lagunya semakin mendapat perhatian orang ramai dalam akaun instagram miliknya yang mendapat likes and views.

Lagu Cover Johan

“Saya juga pernah di hubungi radio Era FM dulu untuk cover lagu,”

“Kebanyakan video nyanyian saya akan posting di laman Instagram dan buat masa sekarang saya belum ada Youtube Chanel sendiri dan akan buat dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sifat berdikarinya terserlah apabila tidak meminta duit daripada ibu bapanya untuk menghasilkan studio sendiri di rumah sebaliknya mengumpul duit sendiri dari tahun 2019 sehingga sekarang untuk membeli peralatan studio seperti mikrofon, piano, gitar dan set komputer.

“Saya mula mengumpul duit dan bekerja part-time di hotel sebagai pembantu dapur dan menggunakan duit gaji untuk beli peralatan studio,” tambahnya.

Johan di home studio-nya di rumah..

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan