Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto: TVS

Peraturan baharu permudah Ahli Parlimen bentang RUU – Wan Junaidi

ByAkma Salleh

KUCHING, 6 Julai: Satu peraturan atau etika pentadbiran baharu untuk Ahli Parlimen bakal diperkenalkan di bawah Peraturan 81 (1).

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peraturan yang akan diperkenalkan tersebut adalah untuk membolehkan Rang Undang-Undang terpakai di Dewan Rakyat kelak.

“Contohnya di England, kita boleh lihat apa yang dikatakan Private Member’s Bill.

“Namun di Malaysia,  laluan Private Member’s Bill itu untuk diperkenalkan dalam undang-undang dan peraturan kita belum ada lagi.

“Dengan adanya peraturan atau etika ini, ia akan memudahkan Ahli Parlimen kita untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) di Dewan Rakyat,” katanya dalam Program Dialog TVS terbitan TVS pada Khamis.

Terdahulu Dr Wan Junaidi memaklumkan, beliau akan memperkenalkan undang-undang baharu berkaitan etika dalam Parlimen.

Ia termasuk memperkenalkan Undang-Undang Pentadbiran Parlimen baharu kerana ia telah dimansuh pada 1993, undang-undang baharu untuk hak, keutamaan dan kuasa Parlimen, serta meminda peraturan yang akan mengatur pelantikan jawatankuasa di Dewan Negara dan Dewan Rakyat kerana beliau berpendapat terdapat pelantikan yang tidak sesuai di bawah peraturan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan