Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke tabika serta taska pada musim panas ini. Gambar hiasan: Envato.

Hari terpanas dunia direkodkan minggu ini

ByBernama

LOS ANGELES, 6 Julai: Minggu ini bakal menyaksikan suhu global paling panas pernah direkodkan, menurut data daripada Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan (NCEP) Amerika Syarikat.

Menurut data NCEP, Selasa merupakan hari paling panas di Bumi sejak 1979, dengan purata suhu global mencecah 62.92 darjah Fahrenheit (17.18 darjah Celsius), lapor Xinhua.

Pakar menjelaskan bahawa rekod haba itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk pemanasan global, kembalinya corak El Niño dan permulaan musim panas di hemisfera utara.

Cuaca panas melampau terus melanda kawasan Selatan, Barat dan Barat Tengah Amerika Syarikat pada Rabu, menurut data daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS.

Kira-kira 46.6 juta orang, iaitu sekitar 14 peratus daripada penduduk AS yang tinggal di kawasan berkenaan dijangka terjejas akibat cuaca panas, menurut laporan New York Times. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan