Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis (ketiga kiri) merasmikan program STEM Trailblazers di Swinburne University. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Revolusi perindustrian keempat, ekonomi digital memerlukan ramai tenaga mahir teknologi terbaharu

ByYusuf Shukri

KUCHING, 6 Julai: Pelajar sekolah menengah kurang berminat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kerana beranggapan ia sebagai jurusan yang amat mencabar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, purata pendaftaran pelajar untuk jurusan STEM di Sarawak hanya 30 peratus berbanding dengan sasaran nasional 60 peratus.

“Dalam era revolusi perindustrian keempat (4IR) dan ekonomi digital, jika kita membelakangi penggunaan teknologi kita akan ketinggalan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang-bidang seperti Big Data, Interneo of Things (IOT), kecerdasan buatan (AI), Block Chain dan sebagainya.

“Kerana itulah kita mengadakan program STEM Trailblazers ini untuk memupuk lagi minat para pelajar terhadap bidang-bidang STEM yang memberikan prospek masa depan yang cerah untuk pelajar,” katanya.

Ucapan Sagah dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis di Swinburne University di sini, hari ini.

Tambahnya program tersebut akan menjadi acara tahunan dalam kalendar kementeriannya dan akan diadakan di bahagian lain selain Kuching dan Miri bermula tahun depan dalam skala yang lebih besar.

Kali ini, kira-kira 168 peserta daripada 24 sekolah di sekitar Kuching dan Miri terlibat dalam pameran dan cabaran inovasi Raspberry Pi.

Katanya lagi, Sarawak memerlukan lebih lagi pakar teknologi bagi memenuhi objektif yang dirangka di dalam Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang mempunyai fokus dalam ekonomi hidrogen, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan tenaga boleh diperbaharui.

“Penerimaan teknologi seharusnya datang bukan sahaja datang dalam penggunaan, tetapi kita juga mampu untuk mereka bentuk, mencipta dan menghasilkan perkhidmatan dan produk dengan penggunaan teknologi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan