Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep bersama Xing Wei Ping ketika mengadakan lawatan ke Paku Rock Maze Garden dalam rangka lawatannya ke Bau, hari ini. Foto:TVS

Bau mahu tarik lebih ramai pengunjung dari China

BAU, 6 Julai: Sebagai lokasi penempatan awal masyarakat Cina di Sarawak lebih 200 tahun lalu, daerah ini diyakini berupaya menarik kunjungan pelancong dari China.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep yang juga ADUN Tasik Biru berkata, selain itu Pelan Pembangunan Greater Bau 2030 merupakan faktor perlu diambil kira ke arah merealisasikan matlamat.

“Bagi kami di sini, jika satu juta pelancong China datang ke Bau, ia merupakan perkara yang besar kepada kami, ini yang kami mahu perkenalkan, diharapkan apabila kita mempunyai penerbangan butik kelak, ia juga akan membantu untuk menarik lebih ramai kemasukan pelancong.

“Begitu juga dengan pembangunan projek Sarawak My Second Home (SMM2H). Ia merupakan salah satu faktor untuk mempromosikan Bau kepada dunia kerana kita tidak mahu ketinggalan apabila bercakap mengenai peluang pelancongan, kita percaya China merupakan pasaran yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Konsul Jeneral China di Kuching, Xing Wei Ping dalam lawatannya ke daerah Bau pada Khamis.

Dalam rangka lawatan Wei Ping, beliau turut dibawa ke beberapa lokasi antaranya SJKC Chung Hua Taiton, Tasik Biru, Golden Hill Temple, Paku Rock Maze, Tokong Musi dan Bung Konis.

“Selain faktor sejarah, aspek pelancongan menjadi perkara utama dalam lawatan Wei Ping ke Bau, kita bawa beliau melawat ke tokong Tasik Biru bagi melihat perkembangannya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan