Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buah durian yang dijual di pekan Lachau dijual pada harga berpatutan. Foto: Connie Grace (TVS)

Raja buah dari Kalimantan membanjiri pekan Lachau

ByConnie Grace

LACHAU, 6 Julai: Pekan Lachau dibanjiri buah durian diperolehi dari Kalimantan yang terletak berdekatan dengan pekan berkenaan.

Tinjauan TVS di pekan Lachau hari ini mendapati, para pengguna Lebuhraya Pan Borneo dan penduduk sekitar sedang sibuk memilih raja buah.

Pekan Lachau menjadi tumpuan para penduduk sekitar dan pengguna Lebuhraya Pan Borneo yang ingin menikmati keenakan buah durian. Foto: TVS

Menurut pelanggan, Khairul Nizam berkata beliau memilih Pekan Lachau kerana buah durian dijual pada harga yang berpatutan.

“Saya memilih untuk singgah Pekan Lachau sebelum balik ke Daro kerana di sini banyak benda yang kita susah nak jumpa, tapi di sini semua ada, terutamanya buah-buahan,” katanya yang berasal dari Pahang, dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Normah, Daro.

Manakala, menurut penjual Liew You Qin, 29, musim durian di Indonesia berlaku sebulan lebih awal dari musim durian di Sarawak telah menyebabkan lambakan buah itu di pasaran yang kemudian dibawa masuk ke Pekan Lachau, menerusi Lubok Antu.

“Saya memperolehi buah durian pada harga yang sangat murah dalam satu bakul ada 15 biji dan saya akan jual sekitar RM10 hingga RM35 sebiji mengikut saiz dan gred durian itu sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau meraih pendapatan lumayan hanya dengan menjual durian di samping menjaga kedai runcit milik keluarganya.

Pekan Lachau wujud sejak awal tahun 1970-an yang sering menjadi tumpuan pengguna Lebuhraya Pan Borneo untuk membeli pelbagai barangan, makanan kering dan basah termasuk buah-buahan tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan