Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matthew Dominic Barin (dua, kanan) bergambar pada acara Jelajah Menu Rahmah bersama Restoran Sugarbun di Kuching, hari ini. Foto: Bernama.

195 restoran di Sarawak tawar Menu Rahmah

ByBernama

KUCHING, 6 Julai: Sebanyak 195 restoran atau premis makanan di Sarawak telah menawarkan Menu Rahmah setakat ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin berkata perkara itu merupakan satu perkembangan yang baik sejak inisiatif berkenaan dilancarkan di Sarawak pada Februari lepas.

“Kita lihat kualiti makanan Menu Rahmah yang ditawarkan di Sarawak juga adalah baik seperti ikan yang mengandungi protein tinggi dan sayur-sayuran yang mempunyai karbohidrat.

“KPDN juga ingin menggalakkan lagi mana-mana pengusaha restoran di negeri ini agar turut serta dalam menyediakan Menu Rahmah,” katanya kepada pemberita selepas acara Jelajah Menu Rahmah bersama Restoran SugarBun di sini, hari ini.

Menu Rahmah adalah inisiatif kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5 dan ke bawah.

Ia juga suatu inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan