Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antraks merebak pada haiwan ternakan iaitu lembu di wilayah Gunung Kidul, Yogyakarta, menyebabkan tiga orang meninggal dunia dan 93 orang dijangkiti akibat memakan dagingnya. Foto hiasan: David Andreas (TVS)

Antraks ragut tiga nyawa, hampir 100 dijangkiti di Yogyakarta

ByTVS

JAKARTA, 5 Julai: Kementerian Kesihatan Indonesia (Kemenkes) melaporkan tiga penduduk wilayah Gunung Kidul, Yogyakarta meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 93 orang telah dijangkiti akibat antraks yang berjangkit melalui ternakan.

Kejadian disyaki berpunca daripada mangsa yang memakan daging lembu semasa perayaan Aidiladha.

Menurut jurucakap Kemenkes, Siti Nadia Tarmizi, pihaknya masih menjalankan siasatan epidemiologi bagi mengukur penularan kepada punca sebenar penyakit itu.

“Sehingga kini kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit dan mangsa meninggal dunia dengan penjujukan genom dan ujian serologi yang kemudiannya menunjukkan keputusan positif antraks,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga berkata kes antraks yang berlaku setakat ini adalah kes pertama pada 2023, selepas sifar dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Justeru, orang ramai digesa supaya memilih daging lembu yang selamat untuk dimakan.

Kerajaan Indonesia sendiri akan cuba mencegah penularan wabak ini dengan meningkatkan sekatan keluar masuk haiwan ternakan dari kawasan penularan.

Antraks ialah sejenis penyakit haiwan berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis yang secara amnya menyerang haiwan herbivor seperti lembu dan kambing dan boleh berjangkit kepada manusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan