Telah bersiarnya konsert suku akhir TVSTARZ pada 1 Jun di mana pengacara Jay C Ho mengumumkan nama 5 orang peserta yang berjaya melepasi ke peringkat separuh akhir. Bekas challenger dari Indonesia Andrey Arief sebelum ini telah mendapat pujian daripada juri. Namun kemasukan Fanzi Ruji dari Sabah bererti timbulnya peserta kegemaran baru di TVSTARZ dengan peminat-peminatnya yang membanjiri konsert dan media sosial TVS.
Siapakah 5 peserta di separuh akhir TVSTARZ Musim Pertama?
Peserta yang akan bertanding di peringkat separuh akhir ialah:
- Jazper Nimoi dari Kuching, Sarawak
- Angel Villamor Oquendo dari Manila, Filipina
- Jalee dari Kuching, Sarawak
- Andrey Arifianto dari Yogyakarta, Indonesia
- Fanzi Ruji dari Ranau, Sabah
Mereka berlima akan bertanding di konsert separuh akhir TVSTARZ malam ini 8 Jun pada 9 malam di TVS, saluran 122 Astro dan MyTV.
Lagu yang bakal dinyanyikan oleh mereka ialah:
Jalee – “You Give Love A Bad Name” oleh Bon Jovi
Jazper – “The Show Must Go On” oleh Queen
Angel – “Pangako Sayo” oleh Daniel Padilla
Fanzi Ruji – “Sedetik Lebih” oleh Anuar Zain
Andrey Arifianto – “I Need to Know” oleh Marc Anthony
Siapakah yang akan mara ke peringkat akhir? Ikuti perkembangan Fanzi, Jazper, Andrey, Angel dan Jalee di konsert separuh akhir TVSTARZ pada MALAM INI, 8 Jun, 9 malam hanya di TVS, saluran 122 Astro dan MyTV atau boleh tontoni secara langsung di Facebook page TVSTARZ.