Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak pada masa ini hanya berupaya menghasilkan 38 peratus tahap sara diri untuk makanan ruji seperti beras. Foto hiasan: Envato

Sarawak sasar 60 peratus keterjaminan makanan menjelang 2030

ByRegina Lee

KOTA SAMARAHAN, 5 Julai: Kerajaan Sarawak mensasarkan 60 peratus keterjaminan makanan menjelang 2030, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pihaknya akan terus memberi dorongan dan sokongan kepada para petani dan pengusaha besar pertanian agar mengadaptasi kaedah baharu pertanian.

“Kita perlu mengimport 68 peratus makanan, itu bukan sesuatu yang baik untuk Sarawak.

“Oleh itu, kita telah mengenal pasti tanah lapang yang ada dan badan berkanun seperti FELCRA untuk melakukan penanaman padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan kerja ke tapak projek bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini, hari ini.

Menurutnya, Sarawak telah menyediakan pelan khusus tentang keterjaminan makanan yang masih berada tahap rendah ketika ini.

Dalam pelan tersebut kerajaan negeri mengenal pasti tanah yang bakal digunakan bagi tujuan meningkatkan bekalan makanan.

Jelasnya, pada masa ini Sarawak hanya berupaya menghasilkan 38 peratus tahap sara diri untuk makanan ruji seperti beras dan 12 peratus hingga ke 14 peratus untuk ternakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan