Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota penguatkuasa KPDN Limbang memeriksa bekalan gula yang tiba di Limbang hari ini. Foto: KPDN Limbang

Bekalan gula di Limbang pulih

LIMBANG, 4 Julai: Gangguan bekalan gula yang dihadapi penduduk di Bahagian Limbang berjaya dipulihkan dengan kemasukan 20 tan metrik bekalan itu hari ini.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Limbang, Pulnama Tarah berkata, pihaknya menjangkakan 40 tan metrik bekalan gula lagi akan sampai ke bahagian ini bulan ini.

Pulnama (kanan) melihat bekalan gula yang masuk ke Limbang dari pihak pembekal. Foto: KPDN Limbang

Beliau berkata, dengan kemasukan 60 tan metrik gula ke bahagian ini, gangguan bekalan gula yang dihadapi penduduk di utara Sarawak dijangka selesai untuk menampung keperluan sehingga hujung bulan ini.

“Bekalan gula mencukupi di Limbang pada ketika ini, dan pada hari ini pun kita telah dapat bekalan sebanyak 20 tan metrik, dan bekalan 60 tan metrik lagi kita akan perolehi pada hari Rabu ataupun Khamis ini dan bergantung kepada pelepasan oleh pihak Kastam Brunei,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya hari ini sekali gus mengulas masalah gula yang membelenggu penduduk di Limbang dan Lawas.

Pulnama memberitahu sebanyak 10 kontena bekalan gula sudah ditempah pembekal untuk menampung bekalan gula sehingga Ogos dan bulan-bulan seterusnya.

“60 tan metrik ini boleh menampung sehingga hujung bulan ini untuk bahagian Limbang dan pihak pemborong telahpun membuat tempahan untuk bulan seterusnya sebanyak 10 kontena, tapi bergantung dengan bekalan daripada pihak pembekal di peringkat kilang,” katanya.

Pulnama Tarah ketika mengulas gangguan bekalan gula di Limbang. Foto: TVS

Jelasnya lagi, gangguan gula di Limbang berlaku disebabkan masalah logistik, iaitu kelewatan di pihak kapal pengangkut dan juga prosedur pelepasan pihak pelabuhan yang terbabit.

Bagaimanapun katanya, satu perbincangan sudah dibuat bersama pihak yang terlibat untuk membenarkan pelepasan satu kontena bekalan gula (seberat 20 metrik tan) ke bahagian ini.

“Pihak kami akan sentiasa memantau dan kita nasihatkan kepada orang awam supaya buat aduan kepada pihak kami jika didapati ada kedai runcit ataupun pasaraya yang terputus bekalan dan kita akan bantu bagi memastikan bekalan itu ada di setiap premis di sini,” ujarnya.

Pulnama turut menasihati orang ramai agar tidak membuat pembelian panik, kerana bekalan gula kembali pulih dengan kemasukan 60 metrik tan bekalan gula ke Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan