Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama Yang di- Pertua Dewan Negar,a Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud (kanan) melancarkan gimik sempena Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 bertemakan Kedaulatan dan Kekebalan Negeri dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. Foto: CMO.

Hajiji seru masyarakat global tentang tuntutan Sulu terhadap Sabah

ByTVS

KOTA KINABALU, 4 Julai: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru masyarakat global untuk bersama – sama menentang tuntutan Sulu terhadap Sabah.

Beliau berkata, tuntutan itu bukan sahaja tidak berasas, malah memberi ancaman kepada Malaysia yang mengamalkan prinsip menyokong ketenteraman antarabangsa.

“Masyarakat antarabangsa telah memainkan peranan penting dalam menyokong pendirian Malaysia dalam perkara ini.

“Kami berterima kasih atas solidariti yang dizahirkan oleh rakan dan sekutu kami, yang memahami kepentingan menegakkan prinsip kedaulatan dan integriti wilayah,” katanya ketika berucap pada Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 bertemakan Kedaulatan dan Kekebalan Negeri dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Hajiji berkata, keputusan Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan di Mahkamah Rayuan Hague, Belanda adalah bukti komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi hak, integriti dan kedaulatan Sabah.

“Ia mengesahkan bahawa tuntutan yang dibuat oleh mereka yang mengaku sebagai keturunan Kesultanan Sulu adalah tanpa asas undang-undang.

“Kami sentiasa menegaskan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia, dan keputusan mahkamah ini mengukuhkan lagi pendirian kami,” ujarnya.

Beliau turut bertegas bahawa kerajaan Sabah menolak apa yang dipanggil “Anugerah Akhir” yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022, dan tidak mengiktiraf kesahihannya.

“Kami menganggapnya sebagai tidak berasas, tidak mempunyai asas undang-undang atau sejarah. Kami melihatnya sebagai cubaan untuk menggugat kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia, khususnya yang berkaitan dengan negeri Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, “Anugerah Akhir” membawa pertempuran undang-undang antarabangsa yang berterusan antara Kerajaan Malaysia dan yang mengaku keturunan Kesultanan Sulu ke hadapan telah mencetuskan perbincangan dan perdebatan yang meluas, memerlukan perhatian dan respons.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Undang-undang, Dato Sri Azalina Othman serta pasukan undang-undang kita yang diketuai oleh Peguam Negara Persekutuan yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah bersama dengan negeri Sabah kita. Pejabat Peguam Negara untuk menentang naratif palsu yang disebarkan oleh mereka yang menyokong dakwaan Sulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan