Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmaz Zahid Hamidi bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa dan Negeri Sarawak. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Perkhidmatan bas henti-henti di Sarawak dan Sabah, pastikan ketersalinghubungan penduduk

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 Julai: Kerajaan Persekutuan bercadang memperkenal bas henti-henti dan bas ekspres dalam memastikan ketersalinghubungan penduduk luar bandar di Sarawak dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkhidmatan bas yang menghubungkan keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo melalui negara Brunei Darussalam itu akan menjadi satu titik perubahan buat kedua-dua negeri ini.

“Kita akan mulakan di Sarawak pada bulan ini juga sebagai projek rintis dahulu, dari segi pengoperasian kita (Kerajaan Persekutuan) akan perincikan nanti,” katanya pada sidang media Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa dan Negeri Sarawak.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, MARA Liner yang merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjalankan kajian terperinci dalam pelaksanaan projek rintis itu untuk kepentingan sosial masyarakat.

“Perkhidmatan bas itu nanti bukan berlandaskan keuntungan kepada syarikat berkenaan, namun pelaksanannya akan ditampung melalui pendapatan pengoperasian bas ekspres,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Timbalannya, Datuk Rubiah Wang berkata, lokasi pelaksanaan projek rintis telah dikenal pasti iaitu di kawasan Parlimen Kota Samarahan dan Santubong.

“Projek rintis akan dilaksanakan di Kampung Semilang  dan Kampung Beradek terlebih dahulu dan seterusnya keseluruhan kawasan Parlimen Kota Samarahan dan Santubong,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan