NABLUS, 3 Julai: Tentera Israel membunuh seorang rakyat Palestin manakala seorang cedera dalam serbuan di Tebing Barat semalam, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
“Seorang rakyat terbunuh dan seorang lagi cedera parah dalam pengeboman ke atas Jenin,” kata Kementerian Kesihatan.
Tentera rejim itu telah menyerang pusat operasi yang didakwa sebagai pusat arahan untuk ”Jenin Briged”, iaitu pejuang Palestin.
Bandar Jenin di Tebing Barat utara dan kem pelarian kawasan yang sering berlaku tercetusnya peperangan antara tentera Israel dan pejuang Palestin.
Tentera Israel kerap menyerbu kem pelarian di bandar Jenin, Tebing Barat dan membunuh puluhan ribu pejuang Palestin dalam operasi mereka. -TVS