Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tendangan padu Jojo sehingga menumbangkan jurulatihnya, Addy Singpayak semasa sesi latihan muay Thai. Foto ihsan: Johan Ghazali

Netizen teruja tengok Jojo tumbangkan jurulatih, Jojo jawab itu biasa

BySaibi Gi

KUCHING, 2 Julai: “Uihh, tercampak ko tendang sifu tu dik.” “Haha sifu pun tumbang tuu”.

Itu antara komen ditulis netizen di video TikTok yang memaparkan aksi juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menendang jurulatihnya, Addy Singpayak semasa sesi latihan.

Pukulan K.O Johan Ghazali tumbang lawan dalam ONE Championship di Thailand

Ada yang menulis komen, “Terpelanting member” dan “Legend in the making..jojo.”

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berkata tendangan yang menumbangkan Addy merupakan satu perkara biasa semasa latihan di Gimnasium Muay Thai Rentap di sini.

“Biasa ya (itu) hahha time training,” jawabnya ketika dihubungi TVS menerusi WhatsApp, hari ini.

Pukulan K.O Johan Ghazali tumbang lawan dalam ONE Championship di Thailand

Nama Jojo memang sudah cukup terkenal dalam dunia sukan muay Thai negara.

Pada Mei lepas, beliau yang berumur 16 tahun, mempamerkan aksi menakjubkan apabila melepaskan pukulan knockout (KO) terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, juara dunia muay Thai dua kali di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Jojo meletakkan sasaran untuk meraih kontrak berprestij ONE Championship bernilai US$100,000 dan merangkul tali pinggang kejuaraan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan