KUCHING, 2 Julai: Sebanyak 17 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut menerima 17 ekor lembu sumbangan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni sempena Aidiladha tahun ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut telah memilih tiga lokasi untuk diadakan simbolik penyerahan daging korban tersebut iaitu Masjid Darul Hajat Kampung Tabuan SPC, Pengkalan Balang dan Masjid Darul Ehsan Kampung Sejingkat Hulu.
Untuk lokasi pertama, simbolik penyerahan telah dilakukan di Masjid Darul Hajat Kampung Tabuan SPC.
Hadir sama wakil kepimpinan Kampung Tabuan Hilir, Tabuan Lama, Tabuan Tengah, Tabuan Dani, Tabuan SPC, Kampung Muhibah dan Tanjung Bako.
Manakala, lokasi kedua simbolik penyerahan daging korban ialah di Pengkalan Balang.
Turut hadir Ketua Kaum Kampung Semilang, Ketua Ranting Kampung Beradek serta Ahli Jawatankuasa (AJK) kampung masing-masing.
Lokasi ketiga pula ialah Masjid Darul Ehsan Kampung Sejingkat Hulu dengan kehadiran wakil kepimpinan dari Kampung Sejingkat Hulu, Sejingkat Hilir, Pine Villa, Bako Lot, Bako Hijrah, Selabat dan Sungai Bako.
Proses penyembelihan telah dilakukan di PPES Ternak di Siburan. -TVS