Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan motosikal dan kenderaan MPV mengalami kerosakan teruk selepas kemalangan di Jalan Chin Lee, Bintulu. Foto: BBP Bintulu

Remaja maut atas bumbung kenderaan, motosikal bertembung MPV

BINTULU, 2 Julai: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang kemalangan dengan sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)  di Jalan Chin Lee berhampiran lampu isyarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Sylvester Donny Henry, 21, menunggang motosikal Aveta, manakala pemandu MPV Toyota Unser warganegara Indonesia berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Mangsa yang menunggang motosikal didapati berada di atas bumbung kenderaan Toyota Unser dan tidak sedarkan diri.

“Pihak bomba bertindak menurunkan mangsa dari atas bumbung kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, impak perlanggaran kedua-dua kenderaan telah mengakibatkan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk manakala bahagian hadapan Toyota Unser remuk.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan