Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua jemaah haji lelaki meninggal dunia Jumaat lepas (30 Jun), menjadikan keseluruhan empat jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini. Foto: AFP

Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia

ByBernama

MAKKAH, 2 Julai: Dua jemaah haji lelaki meninggal dunia Jumaat lepas (30 Jun), menjadikan keseluruhan empat jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kematian lelaki berusia 72 dan 60 tahun itu masing-masing disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru serta serangan angin ahmar dan kegagalan jantung.

“Kedua-dua jemaah haji ini antara tiga orang yang tidak dibawa ke Arafah untuk berwuquf kerana berada di dalam keadaan koma di hospital Arab Saudi,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau turut memaklumkan 95 jemaah haji berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH) Makkah dan 15 lagi di hospital Arab Saudi.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, operasi Masyair yang merupakan kemuncak ibadah haji, berakhir secara rasmi setelah kesemua jemaah Malaysia yang berada di Mina sudah kembali semula ke Makkah.

Beliau berkata, 13,219 jemaah haji atau 56 peratus telah meninggalkan Mina pada Jumaat selepas melakukan nafar awal, manakala selebihnya bergerak balik ke Makkah bermula 6.23 pagi semalam setelah melaksanakan nafar thani.

Katanya, jemaah haji negara akan mula berangkat pulang ke tanah air Rabu ini (5 Julai) dan penerbangan akhir dijangkakan pada 31 Julai melibatkan keseluruhan 98 penerbangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan