Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak anjuran Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak laksanakan R&D industri pengeluaran makanan, hasilkan produk tani berkualiti – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Jul: Sarawak giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap industri pengeluaran makanan serta pertanian dalam usaha menghasilkan produk berkualiti, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sasaran itu dapat dicapai menurut beliau bersandarkan inisiatif Sarawak meneroka teknologi baharu dalam industri pengeluaran makanan bagi menghasilkan makanan berkualiti seterusnya memperkukuh keterjaminan makanan.

“Populasi dunia telah meningkat dan kini kira-kira 7 bilion. Ada yang meramalkan menjelang 2050, populasi dunia boleh meningkat sehingga 10 bilion dan ini mungkin berlaku yang mana dikhuatiri akan berlaku kekurangan makanan berkualiti.

“Inilah di mana kita harus memainkan peranan dalam menghasilkan pengeluaran makanan, termasuk bagi mereka yang mahir dalam bidang pemakanan seperti pakar diet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak anjuran Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak di kediaman menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di sini, pada Sabtu.

Abang Johari menyatakan lagi usaha memperhebatkan industri pengeluaran makanan berkaitrapat kepada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) yang dikhuatiri bakal meningkatkan harga import.

“Pada masa ini saya sedang membantu Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu dengan memperuntukkan dana untuk pihak berkaitan meneroka teknologi baharu berkaitan makanan.

“Saya juga mengarahkan Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) untuk menghasilkan makanan haiwan sendiri dari biomas untuk mengurangkan aktiviti import,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sarawak juga optimis bergerak ke hiliran untuk sagu dalam usaha memberikan produk tradisional itu mampu daya saing.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri  Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar,Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan