Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Istilah ‘Speaker’ tidak terpakai dalam Dewan Negara – Dr Wan Junaidi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Julai: Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan gelaran istilah ‘Speaker’ tidak terpakai dalam Dewan Negara.

Jelas beliau mengikut perundangan dalam perlembagaan, istilah ‘Speaker’ hanya boleh digunapakai di Dewan Rakyat sahaja, sementara di Dewan Negara menggunakan ‘Yang di-Pertua Dewan Negara’ atau ‘President of the Senate Malaysia’.

“Speaker tidak digunakan dalam Dewan Negara, tiada dalam undang-undang, tiada dalam perlembagaan bahkan itu sebagai nama panggilan sahaja kerana ia tidak wujud.

“Orang yang duduk atas kerusi mempengerusi Dewan Negara itu dipanggil sama ada ‘President of the Senate’ ataupun Yang di-Pertua Dewan Negara dan itu wujud dalam perlembagaan, iaitu Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Disemak – 1988),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Dialog TVS terbitan TVS, di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau Parlimen itu sendiri terbahagi kepada tiga badan, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Jadi Dewan Negara dianggap sebagai dewan yang tertinggi dan proses undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong.

“Peraturan turut membenarkan Dewan Negara membahaskan dahulu mana-mana Rang Undang-Undang dan seterusnya dibentang di Dewan Rakyat, tetapi tidak pernah dilaksanakan walaupun peraturan membenarkannya.

“Kemudian barulah ia akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda untuk menjadi undang-undang,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan