Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mirwan (duduk kiri) bersama Datuk Hasbi (dua kiri), anggota APM Limbang bergambar bersama peserta kursus. Foto: TVS

Pelajar Sabah, Sarawak perlu manfaatkan inisiatif e-kredit tiket perbangan

LIMBANG, 1 Julai: Pelajar institusi pengajian awam (IPTA) di Sabah dan Sarawak perlu memanfaatkan inisiatif e-kredit yang diperkenalkan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membantu mereka untuk pulang ke kampung sempena perayaan atau cuti semester.

Timbalan Menterinya Datuk Hasbi Habibollah berkata kemudahan itu sangat membantu para pelajar terutama golongan B40 yang menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan mempunyai inisiatif bantuan tiket kapal terbang untuk membantu pelajar di kedua-dua negeri itu yang sebelum ini terbeban dengan harga tiket penerbangan yang agak mahal.

“Tentang e-kredit untuk memberi kemudahan kepada rakyat kita yang menggunakan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Jadi saya berharap fasiliti yang disediakan oleh kerajaan ini melalui Kementerian Pengangkutan khususnya digunakan sebaik-baiknya untuk membantu meringankan sedikit beban untuk membeli tiket kapal terbang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kursus Asas Siri Satu 2023 di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Limbang pada Sabtu.

Turut hadir Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA), Mirwan Shah Masri.

Hasbi berkata lagi kerajaan amat cakna terhadap keluhan pelajar terutama di Sabah dan Sarawak yang berdepan harga tiket mahal untuk pulang ke kampung melalui penerbangan terutama pada musim perayaan sebelum ini.

Langkah baik ini sekali gus bagi menjaga kebajikan mahasiswa dari negeri-negeri terbabit.

“Ini bantuan daripada kerajaan sebenarnya dan ada kredit tu senang, jadi kita harap ia digunakan sebaiknya untuk penerbangan pada musim-musim perayaan, cuti sekolah dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada Jumaat melaporkan, inisiatif itu bakal dilaksanakan pada Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.

Kata Anthony lagi kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan tahun ini mempunyai inisiatif bantuan tiket kapal terbang kepada mereka dan akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

Sistem tersebut sedang dibina dan memerlukan sedikit integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA.

Tambahnya, jumlah pelajar Sabah dan Sarawak yang dianggarkan belajar di semenanjung mencecah lebih 50,000 orang selain mereka kurang berkemampuan membeli tiket penerbangan pulang ke kampung dan pelancaran e-kredit ini akan memberi manfaat kepada pelajar dari Borneo ini.. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan