Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AJK JKPMANL semasa proses menyediakan daging korban untuk disumbangkan kepada penerima. Foto: TVS

200 penerima agihan daging korban di Masjid An-Naim Lutong

MIRI, 1 Julai: Sebanyak 200 penerima dalam kalangan balu, ibu tunggal dan anak yatim dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) menerima agihan daging korban di Masjid An-Naim Lutong.

Menurut Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jeffery Phang Siaw Foong, jumlah itu merangkumi empat ekor lembu yang dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha tahun ini bagi masjid tersebut.

Kaunselor Jeffery Phang semasa penyerahan sumbangan daging korban kepada salah seorang penerima. Foto: TVS

Beliau tutur berkata majlis sebegini merupakan bukti masyarakat Sarawak merupakan masyarakat prihatin yang sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi ini menunjukkan satu teladan dan kerja yang baik di mana masyarakat Sarawak memang merupakan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Jadi saya menyeru masyarakat lain juga dapat membuat perkara yang sama supaya membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Kaunselor Jeffery Phang menerima cenderamata dari Pengerusi JKPMANL, Moh@Mohd Sulaiman Razali. Foto: TVS

Beliau berkata demikian semasa mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, dalam Majlis Serahan Agihan Qurban di Masjid An-naim Lutong di sini pada Sabtu.

DIfahamkan juga penerima agihan daging korban melibatkan mereka dari kawasan Lutong, Batu Satu dan Kuala Baram.

Majlis Serahan Qurban ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid An-Naim Lutong (JKPMANL) bersama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lutong (LAKIL) dan Pengurusan Jenazah Tanah Kubur (PJTK) Lutong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan