KUCHING, 1 Julai: Program vaksinasi anti-rabies secara besar-besaran antara pengisian Bulan Kebersihan 2023 kali ini, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.
Menurutnya program yang bertujuan membantu mencegah penularan wabak rabies di negeri ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.
“Ia adalah salah satu program kami kerana saya rasa semua orang tahu bahawa beberapa bulan lalu kes rabies telah meningkat di Kuching. Jadi ini antara perkara yang kita aturkan dengan kementerian dan jabatan untuk digabungkan bersama-sama dengan MBKS, DBKU dan mengumpulkan semua orang untuk membawa haiwan peliharaan mereka ke sini untuk sesi percuma. Percuma dalam microchipping, vaksinasi dan juga pelesenan.
“Apa yang sebenarnya kami cuba lakukan sekarang ialah menjadualkan dengan semua majlis, jabatan dan kementerian untuk mengadakan usaha bersama dalam mencegah rabies. Sudah tentu ada cara untuk menghentikan rabies dan kami akan melakukannya satu demi satu untuk memastikan bahawa kita akan dapat mencapai sifar rabies di bandar ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas pelancaran Bulan Kebersihan 2023 di perkarangan pejabat MBKS di sini hari ini.
Menerusi program sebegini Wee berharap ia dapat mengekang penularan wabak rabies sekali gus melindungi kesihatan pemilik dan haiwan peliharaan mereka. – TVS