Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebersihan 2023 dan Mass Dog Vaccination 2023 diiringi tetamu jemputan. Foto: TVS

Kolaboratif MBKS, DBKU, MPP serikan Bulan Kebersihan 2023

KUCHING, 1 Julai: Tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sekali lagi berkolaboratif menjayakan Bulan Kebersihan 2023 bersempena Bulan Kebersihan Bandaraya 2023 pada sepanjang bulan ini.

Menurut Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, program ini bertujuan untuk menanam perasaan cinta akan kebersihan dalam kalangan warga bandar raya Kuching terutamanya golongan muda.

“Idea di sebalik acara Bulan Kebersihan MBKS pada tahun ini sememangnya kreatif. Walaupun dalam skala sederhana di mana kita cuma hanya menjalankannya secara santai namun tetap memastikan misi dan visi tercapai. Jadi, bersama-sama rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan sekolah adalah satu usaha yang boleh membantu untuk menyemai dalam kalangan warga Kuching terutamanya anak muda kita untuk cintakan alam semula jadi serta keprihatinan terhadap alam sekitar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kebersihan 2023 di pejabat MBKS di sini, hari ini.

Bulan Kebersihan itidak hanya memfokuskan kepada pembersihan awam, namun bagi pihak MBKS kata Wee turut memberi tumpuan terhadap pengindahan landskap selain memastikan keselamatan dan kualiti makanan di sekitar Kuching.

“Majlis juga ingin menekankan bahawa kerja-kerja pengindahan, penyelenggaraan dan juga pembersihan bandar bukan sahaja tertumpu pada bulan Julai tetapi ia dilakukan sepanjang tahun untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai.

“Pendek kata, bulan ini adalah di mana kami dapat mempamerkan kepada orang ramai aktiviti kami dan untuk orang ramai memberi sokongan kepada kami dalam setiap langkah, kerana bandaraya Kuching adalah tanggungjawab semua penduduknya,” jelas beliau.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Hilmy Othman, Setiausaha Bandaraya Kuching Selatan, Zainab Marzali dan Pengerusi Majlis Daerah Padawan, Tan Kai.

Untuk rekod sejak tahun 2022, MBKS, DBKU dan MPP telah bersetuju untuk bekerjasama menjadikan bulan Julai sebagai Bulan Kebersihan dengan melaksanakan pebagai kempen kebersihan.

Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan Julai ini adalah seperti Anti-Littering Awareness Campaign, Tatakura Home Composting, Kempen Membasmi Denggi, Kempen Kebersihan Pasar dan Pusat Penjaja, Program Gotong-Royong, Buy Back Recyling Campaign dan banyak lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan