Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Hui Hian (tengah) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang (baju biru) menggulung tikar atau 'ngiling bidai' sebagai simbolik berakhir sambutan perayaan Gawai Dayak. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Slogan ‘Segulai Sejalai’ semai perpaduan, pacu pembangunan mampan Sarawak

ByMuqri Aziz

LUNDU, 1 Julai: Slogan ‘Segulai Sejalai’ yang baru-baru ini diangkat sebagai cogan kata semai perpaduan negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu memacu pembangunan mampan di Sarawak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, ini kerana Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya itu berjaya mengekalkan keharmonian dan kedamaian hingga kini.

“Kita mahu menunjukkan kebersatuan kita dalam tema yang diperakui di peringkat seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam semangat ‘Segulai Sejalai’.

“Dalam semangat ‘Segulai Sejalai’ itu, kita mahu sama-sama maju dan seiringan dengan bandar-bandar maju terutamanya ke arah pembangunan. Kita tidak mahu lagi ketinggalan dalam era serba moden ini,” beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar 2023 di Kampung Bukit Papan, Lundu pada Jumaat.

Beliau juga mengakui kestabilan politik yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan yang melihat Sarawak telah maju ke hadapan terutamanya dalam ekonomi baharu iaitu tenaga hidrogen dan penyimpanan karbon.

“Dengan kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak, kita sangat stabil dan diakui sendiri oleh Perdana Menteri yang beliau memberitahu negeri kita adalah paling stabil dalam konteks politik dan telah jauh kehadapan daripada segi ekonomi.

“Kita berterima kasih kepada pemimpin kita iaitu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berwawasan dalam memacu pembangunan negeri Sarawak ini jauh kehadapan,” ujarnya lagi.

Atas pengiktirafan tersebut, beliau menyeru rakyat Sarawak untuk terus kekal menyokong Kerajaan Sarawak dalam membawa agenda pembangunan untuk menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan