Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas dipercayai dipanah petir ketika menjaring ketam bersama bapanya dengan menaiki bot di kawasan berhampiran Pulau Merambong di sini, pagi tadi. Gambar hiasan: Envato.

Remaja maut dipanah petir ketika jaring ketam di Pulau Merambong

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 30 Jun: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas dipercayai dipanah petir ketika menjaring ketam bersama bapanya dengan menaiki bot di kawasan berhampiran Pulau Merambong di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya yang berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hujan lebat ketika kejadian dan hanya mangsa berdua bersama bapanya di dalam bot berenjin 15 kuasa kuda. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring menangkap ketam yang dipasang pada hari sebelumnya.

“Bapa mangsa tercampak ke hujung bot berdekatan enjin dan masih mampu menyelamatkan anaknya dengan menarik tangan mangsa sebelum dibantu oleh nelayan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung

Menurut Rahmat remaja yang berasal dari Kampung Ladang di Gelang Patah itu tidak bersekolah dan bekerja sebagai nelayan bersama bapanya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan