MAKKAH, 29 Jun: Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak Mohamad Shah Riadzi yang mesra dengan panggilan, iR Radzi menzahirkan rasa syukur apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Pendedang lagu “Sempurna Waktu” dan pemilik suara husky itu menggangap peluang untuk mengerjakan rukun islam kelima itu sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.
“Perasaan apabila pertama kali melihat Kaabah adalah suatu yang saya tidak pernah terfikir dan hanya terasa di dalam hajat dan mimpi,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Khamis.
Menurutnya lagi peluang menunaikan haji pada tahun ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila dapat menunaikan ibadah itu bersama isteri tercinta.
“Sekiranya diberi peluang dalam masa terdekat saya berhasart untuk pergi lagi bersama ibu tersayang, anak serta adik beradik perempuan saya,” ujarnya.
iR Radzi yang juga terkenal dengan nyanyian ‘Maafkan aku’ telah berangkat ke tanah suci meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil. -TVS