Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif KUG yang dilancarkan Kerajaan Sarawak mampu membantu sekitar 230,000 jemaah dari rantau Borneo untuk menunaikan umrah dalam tempoh enam tahun.-TVS.

Bandaraya Kuching disasar jadi hab umrah Borneo

ByOdleen Catherny

KUCHING, 28 Jun: Bandaraya Kuching disasar sebagai hab umrah utama di Borneo menerusi pelancaran Gerbang Umrah Kuching (KUG) yang bermula pada 29 Ogos depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, KUG dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan ATS Global Travel & Charter Sdn. Bhd yang bekerjasama bagi menghimpunkan jemaah umrah di wilayah ini.

Kata beliau, bagi pakej pertama, penerbangan dari Kuching akan singgah di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

“Ketika ini kerajaan negeri masih dalam proses untuk mendapatkan permit penerbangan terus dari Kuching terus ke Arab Saudi yang mana kuasa (meluluskan permit) itu pihak negara berkenaan,” katanya.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (empat dari kanan) hadir pada sidang media Gerbang Umrah Kuching (KUG) di sini, hari ini. Foto: Mohd Raffiq (TVS).

Beliau berkata demikian pada sidang media KUG di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh Askor.

Sementara itu, Abdul Karim memberitahu, proses perolehan permit dipertanggungjawab kepada ATS Global Travel & Charter Sdn. Bhd.

Abdul Karim turut berharap selepas ini penerbangan dapat dilakukan dengan lebih kerap berbanding fasa pertama yang melibatkan satu penerbangan seminggu.

“Kita boleh tingkatkan kepada dua kali seminggu dan seterusnya mencapai sasaran lima penerbangan dalam tempoh seminggu,” ujarnya.

Mengenai inisiatif berkenaan, Abdul Karim berkata, ia dijangka dapat membantu sekitar 230,000 jemaah dari Malaysia, Kalimantan, Brunei dan selatan Filipina untuk menunaikan umrah dalam tempoh enam tahun akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan