Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timberland Medical Centre dan Airasia Ride berkolaborasi untuk beri perkhidmatan pengangkutan selesa. FOTO: Timberland Medical Centre
Timberland Medical Centre dan Airasia Ride berkolaborasi untuk beri perkhidmatan pengangkutan selesa. FOTO: Timberland Medical Centre

Jalin kerjasama tingkat mutu perkhidmatan kepada pesakit

BySalasiah Safian

KUCHING, 27 Jun: Timberland Medical Centre dan Airasia Ride menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit khususnya dari segi pengangkutan.

Menurut Timberland Medical Centre menerusi satu kenyataan, kerjasama ini yang bermula pada 26 Jun 2023, menghimpunkan dua organisasi terkemuka yang komited untuk menyediakan penjagaan yang cemerlang kepada masyarakat.

“Melalui kerjasama ini, pesakit akan mendapat manfaat daripada pelbagai pilihan pengangkutan yang diperbaiki untuk temujanji yang dirancang, lawatan selepas rawatan dan kecemasan.

“Perkhidmatan pengangkutan yang dipercayai dan cekap oleh Airasia Ride akan memberikan pengalaman yang lebih mudah dan bebas tekanan kepada pesakit, membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesejahteraan diri mereka,” katanya.

Kerjasama antara Timberland Medical Centre dan Airasia Ride melambangkan kerjasama yang memberi tumpuan kepada meningkatkan keselesaan dan kepuasan pesakit.

Dengan bekerjasama, kedua-dua organisasi berusaha untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan yang terbaik dan menyumbang kepada pengalaman penjagaan kesihatan yang positif bagi masyarakat.

Timberland Medical Centre merupakan hospital swasta pertama di Kuching menjalinkan kerjasama ini bersama Airasia Ride. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan