Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (empat dari kanan) hadir sidang media Kejohanan Boling Tenpin Sarawak Hornbill Team Cup hari ini. Foto TVS.

Sarawak Hornbill Team Cup perlu dianjurkan setiap tahun – Abdul Karim

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 27 Jun: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak menyarankan agar Kejohanan Boling Tenpin Sarawak Hornbill Team Cup dapat dijadikan acara tahunan.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Boling Sarawak (ABAS) itu mampu menjadi medan mencungkil bakat – bakat baharu boling Sarawak dan negara.

Katanya, Perbadanan Sukan Sarawak juga memberi sokongan padu kepada usaha mengembangkan sukan di sini.

“Saya difahamkan kejohanan ini juga akan disertai oleh atlet – atlet yang akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak.

“Sudah tentu kejohanan ini bagus kerana atlet yang telah berlatih bersungguh -sungguh perlu bertanding bagi mengekalkan tahap mereka,” katanya pada sidang media sempena kejohanan itu di sini hari ini.

Kejohanan ini turut disertai pasukan remaja Malaysia selain kehadiran pasukan dari Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. Foto ABAS.

Kejohanan dijadual berlangsung bermula 3 hingga 9 Julai depan di Megalanes Emart Batu Kawa.

Sebanyak 36 pasukan telah mengesahkan penyertaan termasuk enam dari Sabah, dua dari Pulau Pinang dan pasukan boling remaja kebangsaan.

Selangor dan Kuala Lumpur turut menghantar wakil dan akan bersaing bersama 22 pasukan dari Sarawak.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua (RM7,000) dan RM5,000 untuk pasukan yang menamatkan cabaran di tempat ketiga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan