Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video tular sekumpulan pelajar sekolah menengah di Sri Aman yang membuli seorang rakan mereka. Foto: Media sosial

Lapan pelajar sekolah di Sri Aman ditahan, bantu siasatan kes buli

SRI AMAN, 28 Jun: Lapan pelajar ditahan bagi membantu siasatan kes buli yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan (DSP) Zuriawati Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai video buli yang tular melibatkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah pada 25 Jun lepas.

Kata beliau, perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pelajar berusia dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun manakala mangsa pula berusia 15 tahun.

“Kesemua mereka yang masih di bawah umur itu ditahan pada Ahad lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK) 2017,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk siasatan.

Sebelum ini, tular video berdurasi 41 saat yang dipercayai dirakam di asrama sebuah sekolah ketika cuti hujung minggu pada April lalu.

Sementara itu, Zuriawati berkata, berdasarkan kandungan video, seorang pelajar dalam keadaan berbogel dilihat telah dicabul oleh sekumpulan pelajar lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan