Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM47.4 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM25.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil sepanjang hari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM46.94 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.27 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan mengendalikan tender pasaran wang konvensional melibatkan RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender RM1 bilion (30 hari) serta tender RM500 juta (93 hari).

Selain itu, bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM47.4 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM25.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan